Perodua Traz 2025 merupakan SUV segmen-B terbaharu daripada Perodua dalam dua varian iaitu Traz X dan Traz H, dengan harga masing-masing RM76,100 dan RM81,100 atas jalan tanpa insurans.
Nama Traz diambil daripada perkataan Melayu teras, yang membawa maksud nilai asas atau inti. Traz mewakili nilai teras jenama iaitu kesederhanaan, kecekapan, praktikaliti dan kebolehpercayaan. Tema “simplicity” dipilih bertepatan dengan hala tuju model ini sebagai kenderaan keluarga yang mudah dimiliki dan digunakan.
Spesifikasi Traz
Rim aloi 17 inci dengan tayar 215/60 R17
Lampu utama & belakang LED
Lampu kabus LED (H saja)
Side mirror welcome lights
Hands-free power tailgate dengan kick sensor
9″ infotainment dengan Apple CarPlay & Android Auto