Perodua Aruz dilancarkan pada 15/01/2019. Bagi model Aruz 2021 Perodua menambahkan pemijak sisi bersepadu, lengkap dengan lencana Aruz dibawah pintu belakang. Fungsi “auto-lock” akan diaktifkan pada kelajuan atas 20km/jam dengan pintu akan terbuka kuncinya secara automatik sekira berlaku kemalangan.
Perodua Aruz didatangkan dengan lima warna pilihan iaitu Garnet Red, Electric Blue, Glittering Silver, Granite Grey dan Ivory White.
Spesifikasi Aruz
SUV dengan 7 tempat duduk menjadikan model memenuhi keperluan setiap keluarga yang memilikinya.
Aruz mempunyai 2 varian iaitu X dan AV dengan kedua-dua ini secara asas mempunyai ciri-ciri berikut:-
Enjin 1.5 liter 2NR-VE Dual VVT-i
Transmisi automatik empat kelajuan torque converter